Selamat menyambut hari Raya idul Adha untuk semua umat Islam...
Hari2 memikirkan bila lahh masanya utk aku menjadi tetamu Allah ke Makkah..teringin sgt2 nak ke sana bila tgk di TV meriah dan indahnya..
Ptg aku bertolak balik ke kampung untuk berjumpa atuk aku..sbb atuk call 2-3 kali pesan suh balik kat kampung ada buat korban..sekor kambing dan sekor lembu!!dalam kul 8mlm sampailah aku dirumah Pak Ngah..riuh rumah pak ngah..ramai sedara mara berkumpul..
Atuk memulakan cerita,semalam masa amik lembu dari penjual,lembu tu dengan pantas melarikan diri masa ikatannya dibuka..terperanjat Pak Ngah dan penjual lembu tuu..kalo terlepas lari mcmana laa nak tangkap,sbb lembu tu mmg Pak Ngah dah tempah lama..rupanya lembu tu melarikan diri ke kandang berjumpa dan melagakan muka ke istri dan anak2nya...kemudian bila ditarik lembu tu tidak meronta dan dgn baiknya naik atas lori,dan masa disembelih pun takda masalah mcm lembu2 lain meronta-ronta...
Masa aku dengar citer ni,aku rasa sedih bukan disebabkan faktor lain tapi disebabkan wujudnya perasaan kasih sayang wlpn lembu tu hanyalah binatang...tapi manusia masih ada yg berperangai yg org ckp "perangai mcm binatang!!! hehehe..sekor lagi kambing adalah utk sepupu aku kekah utk anaknya..kambing tu katanya lahir mlm Jumaat Keliwon dan kambing tu dipanggil keliwon hehehhe....
Sebelum balik,atok bagi seplastik daging lembu dan mak ngah masukkan arang kedalam plastik tuu...bukan apa emak mak ngah ajar,kalau balik malam bawa daging mentah,kena letak arang sebab ditakuti ada makhluk yang tidak diingini menghalang perjalanan kita..gitu laaa citernya..wallahualammm
Inilahh kehidupann..
Bukan gambar sebenar..sekadar Gambar Hiasan hehehe

No comments:
Post a Comment