memandangkan aku tak ke mana2 dan lepak dirumah sbb anak aku demam so nak buat review laa kat buku niii...
ok ni buku pertama yg aku baca..ermm citer dia lebih kurang mcm citer kat Tv lakonan Tiz Zakiah dan Remy Ishakk.."Nur Kasih".bila baca novel ni aku merasakan aku telah masuk dlm watak citer tu..citer yg bagus sesuai dgn peringkat umur dewasa..penah juga ler aku cuba baca novel remaja yg sepupu aku bagii..mak aiii baru jer bab 1 aku rasa mcm pening arr tak leh masuk jiwa betoll...untuk memulakan baca novel ni pon rasa nak termuntahhh..dlm hati boleh ker aku memulakan baca semula ni..takpe slow2..sbb novel ni pon pinjam kat kwn..lama juga ler aku meningalkan dunia pembacaan ni hehhe.. so tahniah pada Aisya Sofea sbb berjaya menaikkan mood aku utk terus menghabiskan novel ni sampai kul 5pagi..baca non stop berhenti bila melakukan tugas2 yg perlu aja..sampai anak aku bising,buku apa yg mama baca ni hehhee..Ending citer yg mengembirakan tak ler aku terbawa2 utk marah pada penulis naper ending mcm ni mcm tu laaa hehhehe...
ok ni buku ke-2..mengisahkan ttg pergolakan rumah tangga..keegoan seorang suami dan kecurangan juga..alamakkk nak kena mendalami watak jadi isteri yg malang pulak niii..watak lebih kurang mcm novel pertama yg aku baca,tapi citer ni mengisahkan bertemu cinta yg baru dlm menghadapi situasi pergolakan rumah tangga..quite intersting juga cuma..hisshhh lembutnya watak heroin dlm citer niii..sbnarnya itulah wanita hatinya mudah lembut dan kasihan pada keegoan dan kekasaran lelaki..mudah memaafkan..wlpn kesilapan tu dilakukan berkali-kali..Tahniah pada Hasreeyati Ramli..pas abis novel ni utk hari ke2 tetiba aku ni emo lak pulak pada Mr.Papa hahhaha...terbawa2 watak yg aku baca ni laaa hahahhahaaa...
Ni pulak novel oleh Siti Farhan Mohammed..ermmm novel ttg pergolakan rumah tangga dan keegooan juga ni, tapi bukan pada sang suami tapi isterinya pulak yg ego huhuhu...manusia..manusiaaaaa..perkahwinan yg dirancang oleh org tua utk menebus kesilapan masa lampauu.. tapi sebenarnya mrk ni jatuh cinta sesama sendiri,cuma ego utk meluahkan...pulak tu ada pulak org ke-3 yg mudah sgt utk meruntuhkan rmh tangga mrk yg penuh dgn ke egooan...
Dalam sibuk membaca ni,anak aku yg demam pun tak puas hati kenapa laa mama ni asik membaca jer biasanya ngadap tv jer..tak pon tidooo...hahhaha dia pun masuk bilik amik semua buku crita yg dah abiss baca dia baca balikk nak berlumba dgn mama dia siapa yg habis baca dulu....pastu si daraku ini ckp alahhh mama tu bukan baca dia selak2 aja buku tu..sbb tu cepat abisss...ermmm apa untungnya mama buat mcm tu kakak????
Selepas baca novel ni,aku berfikirrr hidup ni seperti drama yg dilakonkan di tv..novel pulak mengajak kita menghayati watak dan sekaligus menjadikan kita pelakon untuk bermain dgn emosi2 yg cuba disampaikan...Hidup umpama roda..susah utk berada di atas..dan cuba pertahankan utk tidak menjunam ke bawah semula slpas berusaha berada di keduduka teratas...tapi sbg manusia siapalah kita utk mengubah takdir yg telah ditentukan sejak azalii...
inilah kehidupan..



No comments:
Post a Comment